Syira Zairil
DIBIUS CINTA

Jumaat, 8 April 2011 @ 10:36 PTG | 0 Comment [s]


TAJUK: DIBIUS CINTA
PENULIS: QASH IRDINA
MUKA SURAT:466

Rasanya nie novel PERTAMA keluaran Fajar Pakeer yang Syira baca. Kandungan & jalan cerita novel nie memang menarik minat Syira nak baca novel nie. Bagi Syira kekuatan novel ini pada pengisian cerita dengan pelbagai masalah dalam rumahtangga Cazlin Amalina & Adam Syafiq.Syira juga tertarik dengan Cazlin Amalina & Adam Syafiq kerana penulis berjaya mewujudkan watak yang mempunyai pelbagai perasaan, marah, cinta, benci, sayang, cemburu & setia, semuanya ada pada watak Adam & Cazlin. 

Kat sini Syira sertakan sedikit SINOPSIS tentang NOVEL DIBIUS CINTA:

“Eh, kau ni gila ke apa? Dahlah kau langgar aku tadi. Lepas itu, kau hempuk pula aku dengan beg Bangla kau tu. Hah, sekarang kau panggil aku perogol pula.”

Pertemuan pertama mencipta pengalaman memalukan apabila pemuda yang cuba membantunya diserang dengan beg Bangla miliknya. Saat itu ingin sahaja dia berlari 1000 meter tanpa henti dan tak tahu mana nak sorokkan mukanya. Pertemuan demi pertemuan tercipta dengan sendirinya seolah-olah takdir sengaja mempertemukan dua insan tanpa perasaan cinta.

Tanpa disangka, takdir telah menyatukan mereka apabila Adam Syafiq dan Cazlin Amalina disatukan atas rencana tersembunyi. Mungkinkah ikatan yang dibina tanpa perasaan cinta mampu menggapai istilah happy ever after? Mampukah kedua-dua mereka menghindari bius-bius cinta yang mula menghampiri? Akan adakah badai yang melanda untuk menguji kesetiaan mereka?

Syira harap korang yg baca blog Syira nie... Just try baca NOVEL nie... BEST tau... SELAMAT MEMBACA semua..





WASSALAM...


Older Post | Newer Post
Me,Nothing

Assalamualaikum...
Hi peeps!!!
Welcome to My Lovely Blog
I just shared what I like and feel.
Fill free to read my entry.
Thank you :)
“You only live once, but if you do it right, once is enough”


Anything!

Diary About Stuff Site


Let's Talk!




Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Cik Syira Ulala

Best View at GOOGLE CHROME!